seorang pejalan kaki dibumi Allah yang sudah malas untuk bermain kerana mati itu makin hampir
Thursday, 21 February 2013
Jumaat itu.=)
jumaat...
kalau jumaat dirumah pastinya cuti....
kalau jumaat dirumah pastinya ada nasi kerabu...
kalau jumaat dirumah pastinya menonton kartun dipagi hari..
dan kalau jumaat dirumah pastinya bersama orang-orang yang paling disayangi...
jumaat...
jumaat dirumah...
abah akan ke masjid..
aku akan membantu abah untuk ke masjid..
mama akan pilihkan baju melayu untuk abah
dan aku akan menyeterikanya
aku akan membasuh selipar untuk abah
aku akan membuka pintu pagar untuk abah keluar
dan aku akn memanaskan enjin kereta untuk abah
semuanya persiapan untuk abah pergi ke masjid
jumaat dirumah adalah hari bersuka ria
abah akan ke masjid
hanya aku,mama,adik-adik dirumah
inilah masanya untuk bersuka ria!!
sebab abah tak ada kat rumah...
hahaha...
segala rahsia akan terbongkar
hahaha...
jumaat...
abah pulang dari masjid
diceritakannya,dikongsikannya segala isi khutbah
kadangkala tak paham kadangkala tak suka
tapi aku diam malas nak bertanya
dan jumaat itu
hari yang sungguh bermakna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment